Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Poliklinik baru di Bishan, Bidadari, hospital baru di timur

Kementerian Kesihatan mengumumkan rancangan untuk membina dua poliklinik di Bishan dan Bidadari menjelang 2030, serta sebuah hospital baru di bahagian timur Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Mar 2020 07:13PM Dikemas Kini : 06 Mar 2020 11:35PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan mengumumkan rancangan untuk membina dua poliklinik di Bishan dan Bidadari menjelang 2030, serta sebuah hospital baru di bahagian timur Singapura.

Berucap di Parlimen pada Khamis (5 Mac) semasa perbahasan peruntukan belanjawan kementeriannya, Menteri Negara Kanan Kesihatan Lam Pin Min berkata poliklinik-poliklinik baru itu akan menawarkan khidmat sama seperti yang sedia ada, termasuk rawatan perubatan untuk keadaan akut, pengurusan penyakit kronik, serta khidmat kesihatan wanita dan kanak-kanak.

Dengan dua poliklinik baru di Bishan dan Bidadari itu menjadikan jumlah poliklinik di Singapura kepada 32 menjelang 2030, selaras dengan sasaran yang diumumkan MOH sebelum ini.

Singapura setakat ini mempunyai 20 poliklinik.

MOH juga mendedahkan rancangan menubuhkan sebuah hospital umum dan masyarakat bersepadu yang baru di bahagian timur Singapura menjelang sekitar 2030.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata di Parlimen hari ini bahawa Hospital Besar Changi (CGH) kini merupakan satu-satunya hospital di kawasan tersebut.

"Walaupun kami sudah menambah kapasiti di CGH sejak beberapa tahun lalu, permintaan bagi penjagaan kesihatan meningkat dengan ketara disebabkan pertumbuhan dan penuaan penduduk," jelas beliau.

Dalam pada itu, Hospital Alexandra juga akan dibangunkan semula, dengan fasa pertama dijadualkan siap pada tahun 2030.

Bidang tapak Hospital Alexandra akan diperluaskan kepada kira-kira 13.1 hektar daripada 12.2 hektar sekarang, kata seorang jurucakap hospital itu.

Seorang perancang perubatan akan dilantik dalam masa beberapa bulan ini, sebagai sebahagian daripada usaha MOH untuk memastikan kajian terperinci dilakukan mengenai pembangunan semula Hospital Alexandra.

Antara lain, tugas beliau adalah untuk mengkaji tempat untuk meletakkan perkhidmatan perubatan dan kemudahan, serta pengalaman pesakit.

MOH akan menawarkan tender bagi perancang perubatan itu tidak lama lagi, katanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan