Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

POFMA tidak akan sekat penyelidikan akademik, tegas Ong Ye Kung

Adalah "hampir mustahil" bagi penyelidikan akademik bercanggah dengan undang-undang baru membanteras berita palsu, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di Parlimen pada Rabu (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2019 10:17PM Dikemas Kini : 08 May 2019 10:22PM

SINGAPURA: Adalah "hampir mustahil" bagi penyelidikan akademik bercanggah dengan undang-undang baru membanteras berita palsu, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di Parlimen pada Rabu (8 Mei).

Beliau berkata demikian sebagai memberikan respons terhadap keprihatinan golongan akademik yang bimbang penyelidikan mereka akan disekat memandangkan ia tertumpu kepada pertikaian fakta.

Encik Ong berkata terdapat dua kategori penyelidikan.

Pertama - mengikut pendekatan bagi memahami bagaimana alam semula jadi berfungsi, sepertimana yang dilakukan oleh para penyelidik A*STAR.

Manakala kategori kedua ialah berdasarkan pendapat, falsafah atau interpretasi sejarah - yang majoritinya dikendalikan oleh para pengkaji ilmu kemanusiaan.

Kedua-dua kategori ini, kata Encik Ong Ye Kung tidak tertakluk di bawah POFMA.

Encik Ong memberikan responsnya terhadap surat yang ditandatangani 124 ahli akademik luar negeri dan tempatan baru-baru ini.

Meskipun mereka akur bahawa rang undang-undang tersebut tidak meliputi pendapat, kritikan, satira dan parodi, mereka percaya ia mungkin membawa "kesan buruk yang tidak disengajakan" terhadap bidang penyelidikan di Singapura dan merata dunia.

Encik Ong memberi jaminan: "POFMA hanya akan berkuatkuasa sekiranya penyelidikan menggunakan penelitian dan data yang palsu, yang menghalang wacana umum berjalan dengan betul."

Beliau menambah, penyelidikan yang mencabar ilmu konvensional masih dialu-alukan daripada ditindas, dan aktivisme dan penyelidikan bukan perkara yang sama dan tidak seharusnya dikelirukan.

Encik Ong berkata undang-undang tersebut menganggap semua aktivis sama rata dan tidak menyasarkan kepada golongan akademik.

Beliau menekankan sekali lagi bahawa POFMA meningkatkan wacana umum yang demokratik. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan