Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

POFMA: 4 arahan pembetulan dikeluarkan berhubung dakwaan gaji CEO Temasek Holdings, Ho Ching

Menteri Kewangan mengarah Pejabat POFMA untuk mengeluarkan  empat arahan pembetulan  berhubung dakwaan bahawa gaji tahunan Ketua Eksekutif Temasek Holding, Cik Ho Ching, adalah "sekitar S$100 juta". 

Anggaran Waktu Membaca:
POFMA: 4 arahan pembetulan dikeluarkan berhubung dakwaan gaji CEO Temasek Holdings, Ho Ching

Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings Ho Ching semasa berucap di Forum Singapura sempena Simposium St Gallen 2019.

Diterbitkan : 19 Apr 2020 08:30PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 08:34PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan mengarah Pejabat POFMA untuk mengeluarkan empat arahan pembetulan berhubung dakwaan bahawa gaji tahunan Ketua Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, adalah "sekitar S$100 juta".

"Beberapa catatan online menerbitkan kenyataan palsu mengenai gaji Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings Pte Ltd, Cik Ho Ching," kata pejabat Akta Perlindungan Daripada Penipuan dan Manipulasi Online (POFMA) dalam satu kenyataan media pada Ahad (19 Apr).

Arahan pembetulan itu dikeluarkan kepada pengguna HardwareZone bernama “darksiedluv”, laman Facebook The Temasek Review serta laman Facebook Online Citizen dan laman Facebook sendiri. Ia juga dikeluarkan kepada peguam Singapura, Encik Lim Tean, kerana "mengongsi maklumat palsu itu di laman Facebooknya".

"Semua penulis kenyataan membuat beberapa dakwaan bahawa gaji tahunan Cik Ho Ching, adalah sebanyak ‘NT$ 2.1 billion', 'sekitar SGD 100 juta' atau 'S$99 juta setahun'," tambah Pemerintah dalam laman pemeriksaan fakta Factually. Ia menyatakan kesemua dakwaan itu adalah palsu.

Temasek Holdings menyatakan pada awal Ahad bahawa dakwaan seumpama itu adalah palsu dan timbul dari "komentar berdasarkan sebuah rancangan temu bual di Asia".

Menurut Temasek, gaji tahunan Cik Ho Ching "bukan yang tertinggi dalam Temasek mahupun antara lima eksekutif dengan gaji tertinggi" dalam syarikat tersebut.

Cik Ho Ching adalah isteri Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan