Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PME, pakar buruh sambut baik perlindungan luas Akta Pekerjaan

Golongan karyawan, pengurus, eksekutif (PME) yang bakal dilindungi di bawah Akta Pekerjaan tidak lama lagi menyusuli pemansuhan had gaji S$4,500 dalam akta tersebut mengalu-alukan langkah berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
PME, pakar buruh sambut baik perlindungan luas Akta Pekerjaan

Gambar TODAY.

Diterbitkan : 06 Mar 2018 09:29AM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 09:33AM

SINGAPURA: Golongan karyawan, pengurus, eksekutif (PME) yang bakal dilindungi di bawah Akta Pekerjaan tidak lama lagi menyusuli pemansuhan had gaji S$4,500 dalam akta tersebut mengalu-alukan langkah berkenaan.

Akta tersebut melindungi terma dan syarat asas di tempat kerja seperti cuti sakit dibayar gaji dan pampasan bagi pemecatan tidak adil.

“Ia benar-benar baik untuk semua orang yang dilindungi kerana ia seharusnya menjadi hak asas buruh. Ia tidak bermakna bahawa mereka yang mendapat gaji yang lebih tinggi tidak memerlukan perlindungan,” kata karyawan peruncitan Tan Hui Min, 29, kepada Mediacorp.

“Tentu terdapat kebaikan dalam pelaksanaan baru ini,” kata pengurus bank Lee Qi Ming, 26 tahun. “Ia adalah satu platform sehenti untuk menyatukan isu undang-undang yang berhubung hak pekerja. Saya rasa ia membina sekitaran inklusif bagi kesemua pekerja.”

REAKSI PAKAR

Buat masa ini, golongan PME yang tidak dilindungi di bawah Akta itu boleh mendapatkan bantuan bagi rasa tidak puas hati mereka di tempat kerja seperti kes pemecatan secara tidak adil melalui pendakwaan sivil ataupun perantaraan sukarela sekirnya mereka tidak dapat menghuraikan isu tersebut dengan majikan ataupun melalui kesatuan sekerja.

Maka itu, Akta Pekerjaan dapat membantu dalam kes-kes sedemikian, kata pakar ekonomi Dr Walter Theseira dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

“Memperluaskan Akta Pekerjaan untuk melindungi lebih ramai orang sangat penting kerana perbezaannya adalah dengan bantuan undang-undang, anda tidak perlu mendapatkan seorang peguam,” katanya kepada Mediacorp. “Anda hanya perlu memfailkan aduan kepada MOM (Kementerian Tenaga Manusia) dan sebahagian besar daripada prosesnya akan diuruskan bagi pihak anda.”

Perubahan ini juga tepat pada masanya memandangkan golongan PME membentuk 56 peratus tenaga kerja tempatan. “Dalam kes-kes di mana para pekerja terpaksa mengheret majikan mereka ke mahkamah, bantuan ini akan mendatangkan perubahan yang besar kepada PMET hari ini,” kata Dr Theseira.

Kali terakhir Akta Pekerjaan disemak adalah pada 2012 dengan pindaan terbarunya berkuat kuasa pada 2015.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan