Images
  • pm lee ndr 2018
    Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018 (Gambar: Mediacorp)

PM sampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad, 18 Ogos

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2019 pada Ahad ini (18 Ogos) di Kolej Tengah Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio.

Encik Lee akan memberi ucapan dalam bahasa Melayu dan Mandarin dari 6.45 petang hingga 7.30 malam. Ucapan beliau dalam bahasa Inggeris akan bermula pada 9.30 malam. Demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad (11 Ogos).

PM Lee lazimnya menggunakan perhimpunan tersebut untuk mengumumkan perubahan dasar-dasar dan ucapannya itu dianggap sebagai ucapan politik paling penting sepanjang sesebuah tahun.

Ini kali ketujuh Rapat tersebut diadakan di ITE berkenaan. Rapat tersebut akan disiarkan di saluran televisyen serta stesen radio tempatan.

Rapat itu juga bakal disiarkan secara langsung di laman YouTube PMO, laman Facebook PM Lee serta Facebook unit maklum balas pemerintah REACH selain di Toggle.sg dan CNA.

Masyarakat umum boleh mendapatkan kemas kini secara langsung ucapan rapat tersebut di laman Facebook serta akaun Twitter Encik Lee semasa ucapan itu disampaikan kelak.

Masyarakat umum juga boleh ikut menyertai perbualan online dengan menyertakan tanda pagar #ndrsg dalam catatan Facebook dan kiriman Twitter mereka.

Ucapan rapat PM Lee itu juga boleh ditonton di laman YouTube PMO atau www.pmo.gov.sg/ndr mulai 19 Ogos.  

- TODAYonline/FZ/fz

Top