Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Republik Czech akan lakukan lawatan 2 hari ke S'pura mulai esok

Perdana Menteri Republik Czech Andrej Babiš, akan melakukan lawatan dua hari ke Singapura mulai esok (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2019 06:09PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 09:34PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Republik Czech Andrej Babiš, akan melakukan lawatan dua hari ke Singapura mulai esok (14 Jan).

Semasa di sini Encik Babiš akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau akan diraikan dalam satu jamuan malam oleh PM Lee.

Encik Babiš akan menghadiri Forum Perniagaan Singapura-Republik Czech dan mengunjungi Pusat Kecemerlangan bagi Ujian dan Penyelidikan Kenderaan tanpa pemandu di NTU.

Kementerian Ehwal Luar mengatakan lawatan Perdana Menteri Czech mengesahkan lagi hubungan akrab antara kedua-dua negara dan membuka peluang bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan