Images
  • PM Modi
    PM Modi semasa membuat ucapan di New Delhi. (Gambar: PRAKASH SINGH/AFP)

PM Modi sampaikan ucapan dasar dalam Dialog Shangri-La tahun depan

SINGAPURA: Perdana Menteri India Narendra Modi akan menyampaikan ucapan dasar bagi Dialog Shangri-La yang akan berlangsung pada 1 November tahun depan. Demikian diumumkan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS) hari ini (16 Nov).

Dalam satu kenyataan media, IISS iaitu penganjur dialog berkenaan, menyatakan bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengesahkan dalam ucapannya semasa acara penutup Sidang Puncak ASEAN ke-31 di Manila bahawa PM Modi akan membuat ucapan dalam dialog itu.

Pengarah eksekutif IISS-Asia Tim Huxley berkata bahawa keputusan mengundang PM Modi menyampaikan ucapan kepada para pemimpin pertahanan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik "melakarkan kepentingan dasar 'Bertindak di Timur' India".

"Kami yakin ucapan Perdana Menteri Modi sangat dialu-alukan di rantau ini," tambahnya.

Dialog Shangri-La yang pertama kali berlangsung pada 2002, merupakan mesyuarat tahunan untuk menteri-menteri pertahanan, panglima-panglima tentera dan para pegawai pertahanan berpangkat tinggi dari Asia-Pasifik dan negara-negara yang "sangat prihatin terhadap keselamatan rantau ini," menurut IISS.  

- CNA/SM/sm

Top