Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee utus surat tahniah kepada Canselor Jerman baru Scholz, rakam penghargaan kepada Merkel

 Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengirimkan surat ucapan tahniah kepada Canselor baru Jerman Olaf Scholz dan merakamkan penghargaan kepada Angela Merkel.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee utus surat tahniah kepada Canselor Jerman baru Scholz, rakam penghargaan kepada Merkel

Olaf Scholz (kanan) dipilih menjadi canselor baru Jerman selepas 16 tahun Angela Merkel memegang takhta itu. (Gambar: John MACDOUGALL / POOL / AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 11:48PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 11:51PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengirimkan surat ucapan tahniah kepada Canselor baru Jerman Olaf Scholz dan merakamkan penghargaan kepada Angela Merkel.

Encik Scholz, seorang anggota Demokrat Sosial, pada Rabu (8 Dis) rasmi dilantik untuk menyandang jawatan itu sekali gus menamatkan tempoh pemerintahan konservatif selama 16 tahun di bawah pimpinan Cik Merkel.

Encik Schols, 63 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai naib canselor dan menteri kewangan dalam pemerintah Cik Merkel.

Dalam surat yang diberikan kepada media oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Rabu, Encik Lee memberitahu Encik Scholz bahawa Jerman adalah rakan kerja "penting dan dipercayai" bagi Singapura.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu di Rom baru-baru ini semasa Sidang Puncak G20.

PM Lee Hsien Loong dan Encik Olaf Scholz di Istana pada 11 Julai 2016. Ketika itu, Encik Scholz, Datuk Bandar Hamburg, membuat lawatan ke Singapura untuk menghadiri Sidang Puncak Bandar-Bandar Dunia. (Gambar fail: MCI)

(Gambar fail: MCI)

Kali terakhir Encik Schols membuat lawatan ke Singapura adalah pada Julai 2016 untuk menghadiri Sidang Puncak Bandar-Bandar Dunia. Ketika itu, beliau adalah Datuk Bandar Pertama Hamburg. Setahun kemudian, Encik Lee mengunjungi Hamburg bagi menghadiri Sidang Puncak G20.

"Saya gembira hubungan dua hala kami terus diperdalam, berteraskan kerjasama meluas merentasi sektor-sektor diplomatik, pertahanan, ekonomi, pendidikan, alam sekitar, kajian dan kebudayaan," kata Encik Lee.

"Mengimbas persahabatan berkekalan antara kedua-dua negara, Jerman adalah antara negara pertama yang mana Singapura melancarkan laluan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL). Ini adalah satu langkah penting ke arah menubuhkan semula ketersambungan udara bagi individu sudah divaksin di tengah-tengah pandemik."

Encik Lee berkata "terdapat banyak ruang bagi Singapura dan Jerman berkhidmat sebagai hab satu sama lain di rantau masing-masing".

"Kita juga boleh bekerjasama untuk memperkukuhkan hubungan antara Eropah dengan Asia Tenggara, termasuk di bawah naungan Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura dan Perjanjian Pengangkutan Udara Komprehensif ASEAN-EU.

"Memandangkan cabaran sejagat yang banyak yang kita hadapi, termasuk pandemik, perubahan iklim dan kesannya terhadap rantaian bekalan serta mata pencairan kita, adalah tepat pada masanya bagi kedua-dua negara kita berusaha untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi digital, keselamatan siber dan kemampanan," tambah Encik Lee.

Dalam surat ucapan perpisahan kepada Cik Merkel, Encik Lee memujinya kerana melengkapkan tempoh berkhidmat di pejabat dengan "penuh terhormat".

Beliau berkata Cik Merkel amat dihormati rakan-rakannya di Eropah, Asia dan seluruh dunia selepas menerajui Jerman dan Eropah selama empat penggal berturut-turut.

Kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini bertemu di mesyuarat G20. Mereka pertama kali bertemu di Berlin pada Disember 2005.

Mengulas tentang hubungan "cemerlang" antara Singapura dengan Jerman, Encik Lee menukil Perisytiharan Bersama mengenai Kerjasama Dipertingkat, yang pertama kali ditandatangani pada 1998 dan ditingkatkan pada 2005.

PM Lee Hsien Loong dan Angela Merkel bertemu di Brussels, Belgium, pada 2018. (Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

"Saya amat berterima kasih atas sokongan kukuh anda terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura, yang membawa manfaat bernilai kepada syarikat-syarikat di Singapura serta EU, termasuk Jerman.

"Jerman adalah salah satu rakan kerja ekonomi utama Singapura dan banyak lagi syarikat Jerman sedang melabur di Singapura, termasuk BioNTech yang menubuhkan sebuah kilang vaksin di sini," ujar Encik Lee.

"Kedudukan antarabangsa Jerman hari ini sebagai kuasa yang berwibawa dan bertanggungjawab tidak akan tercapai tanpa kepimpinan bijiak dan komitmen anda untuk memupuk perkongsian antarabangsa yang kukuh melalui sistem pelbagai hala berasaskan peraturan," tambah Encik Lee. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan