Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Usaha S'pura-Korea Selatan perluas kerjasama dalam bidang baru adalah baik

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan langkah yang diorak Singapura dan Korea Selatan untuk memperluaskan kerjasama dua hala ke luar bidang tradisional perdagangan dan pelaburan, sebagai sesuatu yang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2019 11:01PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 11:57PM

SEOUL: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan langkah yang diorak Singapura dan Korea Selatan untuk memperluaskan kerjasama dua hala ke luar bidang tradisional perdagangan dan pelaburan, sebagai sesuatu yang baik.

Bidang kerjasama baru yang dimaksudkan PM Lee termasuk keselamatan siber, teknologi kewangan dan pengilangan melibatkan teknologi inovatif.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri jamuan yang dihoskan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di Rumah Biru.

"Hari ini, Korea bukan sahaja salah satu penjana ekonomi Asia, tetapi juga pemimpin global dalam inovasi sektor perindustrian dan digital," kata PM Lee yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Korea Selatan. Beliau juga ke negara itu untuk menghadiri Sidang Puncak Peringatan ASEAN-ROK.

PM Lee menyebut tentang Korea Selatan mengungguli Indeks Inovasi Bloomberg 2019 buat enam tahun berturut-turut. Negara itu juga menerajui teknologi 5G dan 'Internet of Things' (IoT), di samping mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar bijak, tambah PM Lee.

Encik Moon pula memuji PM Lee kerana "mengarahkan Singapura ke laluan pembangunan di bawah kepimpinan yang harmoni, inklusif dan inovatif."

Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kerjasama yang kian kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang-bidang seperti bandar-bandar bijak, perubatan dan bioteknologi, rangkaian bekalan elektrik (grid bijak), harta intelektual dan keselamatan siber, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura hari ini (23 Nov).

Mereka juga menyambut baik peningkatan kerjasama dalam bidang keselamatan menerusi satu perjanjian pertahanan biokimia yang akan dimuktamadkan, menurut MFA.

Kementerian itu menambah, PM Lee turut mengesahkan lagi komitmen Singapura untuk bekerjasama rapat dengan Korea Selatan dan pihak antarabangsa lain agar Semenanjung Korea menjadi aman, stabil dan bebas senjata nuklear.

PM Lee turut melahirkan penghargaan terhadap inisiatif-inisiatif pemerintah Korea Selatan, termasuk usaha Presiden Moon sendiri untuk mengadakan dialog bersama Korea Utara.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan