Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap takziah kepada keluarga Sekolah Tinggi River Valley, gesa jangan buat spekulasi

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (20 Jul) melahirkan rasa terkejutnya atas kejadian di Sekolah Tinggi River Valley pada Isnin yang mana seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun terbunuh, dan seorang pelajar berusia 16 tahun dikenakan dakwaan membunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2021 06:32PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 12:52AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (20 Jul) melahirkan rasa terkejutnya atas kejadian di Sekolah Tinggi River Valley pada Isnin yang mana seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun terbunuh, dan seorang pelajar berusia 16 tahun dikenakan dakwaan membunuh.

Dalam satu catatan di Facebook, PM Lee juga berkata sekolah bukan hanya memberi penekanan pada pencapaian akademik yang baik tetapi juga "membantu anak berkembang menjadi seseorang yang bahagia dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat".

Beliau menggesa kakitangan dan pelajar di merata Singapura agar memberitahu pengetua atau kaunselor sekolah jika mereka kenal mana-mana pelajar "yang kelihatannya bermasalah atau mengalami tekanan".

"Seperti kita semua, saya terkejut dengan kejadian tragik semalam di Sekolah Tinggi River Valley. Kita tidak dapat memahami apa yang berlaku. Kata-kata tidak dapat menggambarkan kerana kita tidak memahaminya,” tulis PM Lee dalam catatan tersebut.

"Kita tidak dapat membayangkan apa yang sedang dilalui keluarga mangsa. Pagi semalam, mereka menghantar anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun ke sekolah. Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran, dia sudah tidak ada lagi di sisi.''

PM Lee berkata beliau sangat bersimpati terhadap keluarga mangsa, dan "Saya ingin mereka tahu bahawa ingatan dan doa kita bersama mereka".

“Guru dan pelajar RVHS (Sekolah Tinggi River Valley) juga terkejut. Kami akan membantu anda mengharungi masa sukar ini, dan memahami apa yang telah berlaku. "

PM Lee berkata polis masih menyiasat kes tersebut, untuk mengetahui sebab di balik kejadian itu dan bagaiman a ia boleh dielakkan.

"Mari kita biarkan mereka menyelesaikan siasatan. Usah kita memburukkan lagi trauma dan kesedihan keluarga yang terjejas dengan spekulasi dan khabar angin,” tulisnya.

Catatan Facebook PM Lee itu dibuat susulan komen mengenai kejadian tersebut oleh Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, serta menteri-menteri Kabinet lain termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah, yang juga Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, dan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.

Encik Desmond Lee adalah Anggota Parlimen GRC West Coast, yang merangkumi Boon Lay.

"Masyarakat Boon Lay telah menghubungi (Sekolah Tinggi River Valley) untuk menawarkan sebarang bantuan yang mungkin diperlukan oleh sekolah," tulisnya di Facebook pada Isnin.

Dalam catatan Facebooknya, PM Lee berkata bahawa di luar sekolah, "pandemik COVID-19 membawa cabaran buat semua orang".

Beliau menambah bahawa rakyat Singapura harus ingat bahawa "jika cabaran kadang-kadang terasa terlalu berat", bantuan sentiasa ada, dan menyenaraikan sumber-sumber berikut:

  • Hotline National CARE: 1800 202 6868
  • Khidmat Kaunseling 'Live Chat' Fei Yue: ec2.sg
  • TOUCHline (Kaunseling): 1800-377-2252
  • Sumber lain: go.gov.sg/22qlar
Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan