PM Lee ucap tahniah kepada Presiden Jokowi atas kelancaran pilihan raya Indonesia
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (18 Apr) menyampaikan ucap tahniah kepada Presiden Joko Widodo atas kejayaan pilihan raya umum Indonesia yang berjalan secara aman dan lancar.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (18 Apr) menyampaikan ucap tahniah kepada Presiden Joko Widodo atas kejayaan pilihan raya umum Indonesia yang berjalan secara aman dan lancar.
PM Lee membuat panggilan telefon kepada Presiden Jokowi petang tadi (18 Apr) atas kelancaran pilihan raya Presiden dan parlimen yang diadakan secara serentak buat pertama kalinya di Indonesia.
Semasa mengadakan perbualan bersama Presiden Jokowi, PM Lee berkata beliau mengalu-alukan kerjasama rapat yang berterusan antara Singapura dengan Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.