Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap tahniah kepada PM Jacinda Ardern atas kemenangan pilihan raya

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern atas kemenangan besar partinya dalam pilihan raya umum semalam (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap tahniah kepada PM Jacinda Ardern atas kemenangan pilihan raya

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern ketika menyampaikan ucapakan kemenangan kepada para anggota Parti Buruh pada 17 Oct 2020. (Gambar: Mark Baker/AP Photo)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 04:01PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 04:02PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern atas kemenangan besar partinya dalam pilihan raya umum semalam (17 Okt).

Menurut Encik Lee, kemenangan Cik Ardern mencerminkan keyakinan rakyat New Zealand terhadap kepimpinannya, khususnya cara pemerintahnya menangani krisis COVID-19.

Encik Lee berkata kedua-dua negara adalah rakan rapat sejak sekian lama yang sudah menaik taraf hubungannya tahun lalu.

Kerjasama Dipertingkat (EP) itu menjadi lebih penting di tengah-tengah pandemik masa sekarang, tambah Encik Lee.

Lantaran itu, Singapura dan New Zealand bekerjasama dari segi ketersambungan rangkaian bekalan, pendekatan berbilang hala berhubung vaksin dan ekonomi digital.

Encik Lee juga berikrar Singapura akan menyokong Cik Ardern apabila beliau mengambil alih jawatan pengerusi APEC pada tahun depan. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan