Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap tahniah kepada Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa atas kemenangan pilihan raya

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada rakan sejawatannya di Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap tahniah kepada Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa atas kemenangan pilihan raya

Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa (Gambar: Ishara S KODIKARA/AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 11:15PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 11:20PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada rakan sejawatannya di Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dalam sepucuk surat bertarikh 11 Ogos, Encik Lee berkata Singapura dan Sri Lanka mempunyai "hubungan mesra dan akrab, berasaskan jalinan ekonomi dan ikatan antara rakyat kedua-dua yang sekian lama".

"Sedang negara kita meraikan 50 tahun hubungan diplomatik tahun ini, saya mengalu-alukan usaha bersama untuk memperkukuh kerjasama dan membina asas bagi hubungan dua hala untuk 50 tahun akan datang," tambah PM Lee.

"Saya mengucapkan yang terbaik bagi kesihatan anda dan kejayaan Sri Lanka dalam usahanya membanteras COVID-19."

Parti pimpinan Encik Rajapaksa People's Front Party menang majoriti dua pertiga kerusi parlimen semasa pilihan raya Sri Lanka pada 5 Ogos, mengukuhkan lagi kemenangan adiknya Gotabaya Rajapaksa dalam pilihan raya presiden tahun lalu.

Dua beradik itu membina kerjaya politik mereka sebagai pejuang nasionalis masyarakat majoriti Sinhala Buddha.

Mereka amat disukai kerana mengarahkan serangan tentera yang menghapuskan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada Mei 2009, selepas perang saudara berdekad lamanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan