Images
  • PM Lee Beijing
    Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar fail: TODAYonline) 

PM Lee ucap selamat ulang tahun ke-94 kepada Dr Mahathir

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (10 Jul) mengucapkan selamat ulang tahun ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya doakan yang terbaik buat beliau pada hari jadinya,” menurut PM Lee dalam satu catatan di Facebooknya.

PM Lee turut memuat naik sekeping gambar beliau dan isterinya Cik Ho Ching, bersama dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali semasa pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Puncak ASEAN tahun lalu.

"Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka,” menurut kapsyen PM Lee pada gambar itu.

PM Lee juga berkongsi beliau mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia itu bersama isterinya di perbarisan Hari Kebangsaan Singapura pada bulan depan.

- BERITAmediacorp/na

Top