Images
  • haji (3)
    Para jemaah haji S'pura di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: MUIS)

PM Lee ucap selamat menyambut Hari Raya Haji kepada umat Islam S'pura

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (11 Ogos) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam di Singapura.

Menulis di laman Facebooknya, PM Lee melahirkan harapan agar semua jemaah haji Singapura dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

"Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima dan berjuta-juta umat Islam menunaikannya setiap tahun. Semoga semua jemaah Singapura dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan selamat pulang ke tanah air," katanya.

Dalam catatannya itu, PM Lee turut menarik perhatian kepada ibadah korban yang dilakukan oleh para kakitangan dan sukarelawan di 26 masjid di merata negara.

"Bersesuaian dengan semangat saling membantu dan belas ihsan Hari Raya Haji, yang dikenali juga sebagai Hari Raya Korban, daging korban akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan serta fakir miskin," tambahnya. 

- BERITAmediacorp/ai

Top