Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap Selamat Hari Raya kepada pemimpin Brunei, Indonesia dan Malaysia

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (24 Mei) kepada pemimpin Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap Selamat Hari Raya kepada pemimpin Brunei, Indonesia dan Malaysia

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 May 2020 06:23PM Dikemas Kini : 24 May 2020 06:29PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (24 Mei) kepada pemimpin Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), PM Lee membuat panggilan telefon kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Perdana Menteri Lee mengesahkan lagi persahabatan beliau dengan para pemimpin serta sokongan kuat bagi kerjasama rapat yang wujud antara negara-negara dan rakyat," menurut kenyataan PMO.

"Beliau mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan mereka untuk memastikan keselamatan dan kemaslahatan rakyat masing-masing semasa pandemik COVID-19, serta menyambung dan memperluaskan bidang kerjasama setelah wabak COVID-19 dapat dikawal."


LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan