Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee tetamu terhormat di perbarisan Hari Kebangsaan Perancis

PM Lee menerima undangan dari Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai tetamu terhormat di perbarisan di Paris pada 14 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee tetamu terhormat di perbarisan Hari Kebangsaan Perancis

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 09:13PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 09:17PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan ke Perancis bagi menghadiri perbarisan Hari Bastille pada 14 Julai, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA) pada Jumaat (29 Jun).

PM Lee menerima undangan dari Presiden Perancis Emmanuel Macron sebagai tetamu terhormat di perbarisan di Paris. MFA menambah acara tersebut akan menampilkan gabungan terbang-lalu Singapura dan Perancis.

Setiap tahun, presiden Perancis akan mengundang sebuah negara untuk menyertai perbarisan besar-besaran di Champs Elysees pada 14 Julai, hari cuti kebangsaan di negara itu. Tahun lalu, Encik Macron mengundang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Menurut pihak tentera Perancis, tahun ini Encik Macron mengundang PM Lee dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. Ini sebahagian daripada usahanya mempererat hubungan pertahanan dengan rakan-rakan di Asia Tenggara.

Singapura adalah salah satu sekutu kuat pasukan pertahanan udara Perancis di Asia Tenggara. Negara ini sudah menghantar ramai juruterbang pesawatnya untuk menyertai latihan di Perancis sepanjang 20 tahun lalu.

"Lawatan itu akan mengesahkan hubungan baik dua hala, termasuk ulang tahun ke-20 Latihan Lanjutan Jet Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Cazaux, dan Tahun Inovasi Perancis-Singapura 2018," menurut jurucakap MFA.

"Satu kontinjen panji Singapura akan turut serta dalam perbarisan itu."

Sementara itu, Perancis dan Jepun akan meraikan 160 tahun hubungan diplomatik.

Jepun juga diundang untuk menyertai perbarisan bersama 4,000 anggota tentera, polis dan pertahanan Perancis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan