Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee terus pimpin PAP pada Pilihan Raya Umum akan datang

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan terus memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2018 06:41PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 10:20PM

BUENOS AIRES: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan terus memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini sungguhpun para pemimpin muda akan memainkan peranan besar dalam menetapkan agenda.

Semasa bercakap kepada para wartawan di akhir lawatan lima hari ke Argentina, di mana beliau menghadiri Sidang Puncak Pemimpin G20, Encik Lee menambah PAP mempunyai pengalaman mendalam memasuki pilihan raya nanti.

Pilihan raya akan datang mesti diadakan menjelang April 2021 dan pemimpin generasi ke-empat PAP bersedia untuk memainkan peranan utama.

"Mengambil kepimpinan dalam menetapkan agenda, melaksanakan dasar, menyediakan manifesto, menambat hati orang awam dan secara aktif berkempen semasa pilihan raya dan menganjurkan pilihan raya, saya rasa para pemimpin 4G akan sangat terlibat dalam pilihan raya kali ini," kata Encik Lee.

Beliau berkata bukan hanya para pemimpin berpengalaman yang boleh memimpin, tetapi para pemimpin muda juga mempunyai keupayaan dan kesediaan untuk membawa Singapura ke masa depan.

"Hakikatnya kita akan mengadakan pilihan raya dengan sebuah pasukan berpengalaman, bukan sekadar pemimpin yang ada sekarang, yang berusia lewat 50an, awal 60an, tetapi juga barisan pemimpin akan datang, 40an, 50an, yang bersedia untuk mengambil alih. Saya rasa ini membawa mesej yang kuat, yang menjangkaui sebarang dasar dan manifesto mahupun janji. Komitmennya adalah untuk berkhidmat, bukan sekadar hari ini tetapi pada masa depan dan anda boleh bergantung kepada kami," tambahnya.

Pada bulan lalu, PAP melantik pemegang jawatan baru dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat menjadi Penolong Setiausaha Agung Pertama parti itu, yang merintis jalan baginya untuk menjadi pemimpin masa depan PAP.

Apabila ditanya mengenai rancangan untuk Encik Heng, Encik Lee berkata keutamaannya adalah untuk memenangi pilihan raya dahulu.

Mengenai rombakan kabinet pula, Encik Lee berkata masa yang sesuai adalah untuk melakukannya selepas Belanjawan tahun depan.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan