Images
  • pm lee (10)
    PM Lee Hsien Loong. (Gambar: MCI)

PM Lee sertai Sidang Puncak G20 di Riyadh

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyertai Sidang Puncak G20 di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung secara online mulai esok (21 Nov).

Perbincangan di sidang puncak itu akan tertumpu kepada usaha bersama bagi mengatasi pandemik COVID-19, memulihkan pekerjaan dan ekonomi serta membina masa depan yang mampan dan berdaya bingkas.

Arab Saudi ialah Pengerusi G20 tahun ini dan sidang puncak itu akan dipengerusikan Raja Salman.

Singapura adalah satu daripada tujuh pihak yang diundang menyertainya walaupun bukan anggota kumpulan 20 negara itu.  

- CNA/AQ/na

Top