PM Lee sertai sambutan Pesta Pongal bersama penduduk Bukit Panjang
Para penduduk di Bukit Panjang mengadakan sambutan tahunan Pesta Pongal yang meraikan pesta tuaian.
SINGAPURA: Para penduduk di Bukit Panjang mengadakan sambutan tahunan Pesta Pongal yang meraikan pesta tuaian.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menyertai acara itu siang tadi (19 Jan).
Para pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian dan lagu perayaan oleh pelbagai kumpulan.
Para pendatang baru dari negara-negara seperti Mexico, Filipina dan Itali juga ikut serta untuk mengenali lebih lanjut tentang budaya masyarakat India tempatan.
Mereka dapat menumbuk padi dan bersama-sama memasak lauk-pauk Pongal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.