Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sertai acara berbuka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai acara berbuka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon malam ini tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sertai acara berbuka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon
Diterbitkan : 28 May 2019 08:44PM Dikemas Kini : 28 May 2019 08:50PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai acara berbuka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon malam ini tadi.

Majlis anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu dihadiri sekitar 400 anggota masyarakat. Turut hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dan para pegawai MUIS.

Memang menjadi tradisi PM Lee untuk pergi ke masjid berbeza dan berbuka puasa bersama umat Islam pada setiap Ramadan.

Awal daripada itu, PM Lee terlebih dahulu meninjau-ninjau kemudahan di masjid tersebut.

Beliau diberi taklimat tentang sejarah dan kegiatan Masjid Alkaff ini, termasuk kelas-kelas Al-Quran Braille yang dijalankan di situ.

PM Lee turut berinteraksi dengan para pelajar kurang daya penglihatan yang menghadiri kelas tersebut.

Masjid Alkaff Upper Serangoon adalah satu-satunya masjid di sini yang menawarkan kelas berkenaan bagi membolehkan mereka yang memerlukan mendapat akses kepada pembelajaran agama.

Diminta ulasannya pula, Encik Masagos berkata sokongan lebih kukuh perlu diberikan kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

Beliau menambah bahawa usaha itu diperlukan sedang peranan masjid-masjid di sini menjadi semakin penting sebagai sebuah institusi pembelajaran dan pembangunan masyarakat.

Pendeknya, kata Encik Masagos, masjid harus dilihat menjangkaui tempat untuk beribadah saja.

"Jelas kita sebagai orang Islam harus menyebarkan rahmah kepada semua tidak kira bangsa dan agama dan juga kepada mereka yang memerlukan dan dalam hal ini, mereka yang mungkin kecacatan, kekurangan pendengaran atau penglihatan.

"Ini adalah satu usaha yang menunjukkan perkembangan masjid dari satu zaman ke zaman lain terus maju dan baik dan ini satu petanda baik bagi umat Islam di Singapura," kata Encik Masagos. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan