Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sentuh tindakan S'pura hadapi perubahan iklim dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Khamis (15 Ogos) bahawa ucapannnya pada Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad akan menyentuh tentang perubahan iklim dan bagaimana Singapura mesti bertindak terhadap fenomena itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2019 01:20PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 10:03PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Khamis (15 Ogos) bahawa ucapannnya pada Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad akan menyentuh tentang perubahan iklim dan bagaimana Singapura mesti bertindak terhadap fenomena itu.

Sambil menukil satu laporan online oleh BBC, Encik Lee berkata bahawa dalam senario paling buruk suhu cuaca di Singapura pada Julai akan meningkat daripada 27.8 darjah Celsius sekarang kepada 31.1 darjah Celsius menjelang tahun 2100.

"Itu adalah purata suhu bulanan. Suhu maksimum pada siang hari lebih tinggi. Sekarang ini, pada waktu siang, kita mencecah suhu setinggi 32 darjah Celsius bahkan 34 darjah Celsius.

Oleh itu, menjelang 2100, ada hari-hari bila kita menyaksikan Singapura mencecah 37 darjah Celsius!" menurut Encik Lee dalam satu catatan Facebook.

"Kita mesti menangani perubahan iklim secara serius," tambahnya. 'Sebagai sebuah pulau kecil di kedudukan tanah rendah, Singapura amat terdedah kepada risiko paras air laut meningkat. Saya akan bercakap mengenai bagaimana kita mesti bertindak terhadap isu ini di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad, 18 Ogos pada pukul 6.45 petang."

Dalam amanat Hari Kebangsaaannya, Encik Lee berkata bahawa sedang dunia memasuki "tempoh yang lebih sukar", Singapura menghadapi "cabaran-cabaran serius" akibat ancaman-ancaman seperti pemanasan global dan perlu bersedia untuk menghadapi "masa depan yang amat berbeza".

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli berkata pada Julai bahawa Singapura perlu bertindak sedang ia menghadapi amaran perubahan iklim yang "jelas dan tidak diragui".

Berucap di forum Rakan-Rakan Kerja bagi Alam Sekitar 2019, Encik Masagos menekankan bahawa langkah menangani perubahan iklim adalah "keutamaan mendesak" dan "cabaran berterusan" bagi Singapura.

Beliau memberi amaran bahawa "masa semakin suntuk" dan Singapura mesti bertindak sekarang atau menghadapi "ancaman besar terhadap penakatan manusia". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan