Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sentuh isu kos sara hidup, perumahan di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018

Kos sara hidup dan perumahan merupakan antara isu yang akan disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 08:11PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 09:36PM

SINGAPURA: Kos sara hidup dan perumahan merupakan antara isu yang akan disentuh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik ke laman Facebooknya pada Jumaat (17 Ogos).

"Tahun ini amat sibuk bagi Singapura dan secara keseluruhannya, ia adalah tahun yang baik. Di peringkat antarabangsa, terdapat perubahan yang sedang dilaksanakan. Kami sedang memantaunya dengan teliti," kata PM Lee.

"Dalam negeri pula, kami bekerja keras, berusaha untuk membaiki kehidupan rakyat serta menangani masalah dan bersiap sedia untuk terus berkembang maju."


PM Lee akan menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018 pada Ahad ini (19 Ogos) di Kolej Tengah Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Beliau akan menyentuh mengenai "perkara-perkara yang dekat dengan hati rakyat," tambahnya.

"Semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad ini, saya akan bercakap tentang isu-isu yang dekat dengan hati rakyat seperti kos sara hidup, bil air dan harga elektrik serta kos perubatan dan perumahan," kata beliau.

PM Lee akan menyampaikan ucapan beliau dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dari pukul 6.45 petang hingga 7.30 malam manakala ucapannya dalam Bahasa Inggeris bermula pada pukul 8.15 malam hingga 9.30 malam.

Ucapan beliau akan akan disiarkan secara langsung di saluran-saluran televisyen dan stesen-stesen radio Mediacorp.

Ia juga akan disiarkan secara langsung melalui Toggle Mediacorp dan channelnewsasia.com, serta laman YouTube Pejabat Perdana Menteri (PMO), laman Facebook PM Lee dan laman Facebook REACH. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan