Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Scott Morrison cari cara tingkat kerjasama strategik Spura-Australia

Para pemimpin ASEAN dan Australia mengadakan "pertemuan tidak rasmi sambil bersarapan" pagi tadi, sedang Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri baru Australia, Encik Scott Morrison.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2018 07:38PM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 11:05PM

SINGAPURA: Para pemimpin ASEAN dan Australia mengadakan "pertemuan tidak rasmi sambil bersarapan" pagi tadi, sedang Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri baru Australia, Encik Scott Morrison.

Agenda mesyuarat merangkumi isu-isu serantau dan antarabangsa. Antara lain, mereka membincangkan cara-cara untuk meningkatkan kerjasama strategik antara Singapura dengan Australia ke satu tahap baru.

PM Lee berkata, Australia sudah sekian lama menjadi rakan dialog ASEAN dan sebelum ini bekerjasama erat dalam bidang politik serta keselamatan. Ia turut memainkan peranan dalam mengekang pengganasan dan penyeludupan manusia.

PM Lee menambah, hubungan ekonomi antara ASEAN dengan Australia juga terus kukuh melalui Perjanjian Dagangan Bebas atau FTA ASEAN-Australia-New Zealand.

Hubungan rakyat Australia dengan Singapura pula terus mantap melalui pertukaran pelajar, kerjasama perniagaan dan pelancongan.

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan