Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sahkan penggodam secara khusus dan berkali-kali menyasarkan data peribadi beliau

Serangan "secara khusus dan berulang kali" disasarkan kepada data mengenai ubat-ubatan yang diambil PM Lee.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:46PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 09:10PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis dalam Facebook beliau mengesahkan bahawa penggodam secara khusus dan berkali-kali menyasarkan data ubat-ubatan yang diambilnya.

Encik Lee bagaimanapun berkata beliau tidak tahu tujuan mereka berbuat demikian.

Tambah beliau para penggodam mungkin "memburu rahsia negara, atau sekurang-kurangnya sesuatu untuk memalukan" beliau.

Namun, jika itu adalah motif mereka, Encik Lee berkata "mereka akan kecewa", kerana ada "tidak ada yang membimbangkan" dalam data ubatnya.

PM Lee menekankan keselamatan dan kerahsiaan data pesakit diberikan perhatian paling utama.

Menurutnya jika pemerintah mendapati berlaku pencerobohan, ia akan segera bertindak memperbaiki sistem dan "memberitahu orang yang terjejas".

Berikut adalah catatan PM Lee:

Awal hari ini (20 Jun), SingHealth mengumumkan bahawa maklumat peribadi 1.5 juta pesakit yang pernah melawat klinik-klinik spesialis pesakit luar dan poliklinik SingHealth antara 1 Mei 2015 dan 4 Julai 2018, telah dicerobohi dan disalin secara haram.

Menurut SingHealth, satu siasatan menunjukkan bahawa ia merupakan satu "serangan siber yang disengajakan, disasarkan dan dirancang dengan baik" dan bukan "kerja para penggodam biasa ataupun kumpulan-kumpulan jenayah".

Selain itu, para penggodam "secara khusus dan berulang kali" menyasarkan butiran peribadi PM Lee dan maklumat mengenai ubat yang diberikan kepada beliau.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan