Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee rombak Kabinet selepas sesi direhatkan untuk beri Menteri muda lebih banyak pendedahan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (27 Feb) berkata beliau akan merombak Kabinet setelah Parlimen direhatkan menyusuli perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Feb 2018 11:26AM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 01:41AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (27 Feb) berkata beliau akan merombak Kabinet setelah Parlimen direhatkan menyusuli perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS).

Parlimen akan direhatkan pada pertengahan penggal selepas belanjawan dibahaskan, yang bermula hari ini, dan disusuli dengan COS yang akan berakhir pada 9 Mac.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, PM Lee berkata rombakan Kabinet itu adalah untuk "memberikan lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab kepada anggota yang lebih muda".

"Dengan cara ini, pengganti saya akan disokong oleh pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman, komited untuk menerajui Singapura ke arah masa depan yang lebih baik dan lebih cerah," tambah PM Lee.

Pada bulan Januari, PM Lee berkata rombakan Kabinet adalah "langkah penting untuk mendedahkan dan membangunkan tampuk kepimpinan baru", meskipun tiada timbalan perdana menteri baru dijangkakan.

PM Lee berkata beliau juga meminta para menteri generasi keempat untuk melakar agenda Pemerintah bagi Ucapan Presiden apabila sesi baru Parlimen dibuka pada bulan Mei nanti.

"Ini akan membolehkan rakyat Singapura untuk memahami pandangan mereka," ujar PM Lee.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan