Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee puji langkah Parlimen EU luluskan FTA

Perdana Menteri Lee Hsien Loong memuji langkah Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai antara Singapura dengan blok tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 04:52PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:21AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong memuji langkah Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai antara Singapura dengan blok tersebut.

Dalam catatan Facebooknya, PM Lee berkata perjanjian itu bukan sahaja akan mempertingkatkan hubungan dagangan antara Singapura dengan pelabur terbesarnya tetapi juga bertindak sebagai pelan induk bagi rundingan-rundingan lebih besar antara blok tersebut dengan seluruh rantau ASEAN.

Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura dan Perjanjian Perlindungan Pelaburan diluluskan oleh Parlimen Eropah.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan pada masa hadapan, FTA akan melalui proses-proses tadbir urus nasional yang lanjut, sementara parlimen Eropah perlu meluluskan perjanjian pelaburan tersebut.

MTI juga menyatakan dua perjanjian utama itu adalah yang pertama dimeterai antara EU dengan sebuah negara anggota ASEAN. Singapura adalah rakan dagangan terbesar EU dalam ASEAN.

"Dengan meluluskan perjanjian ini, kami sedang meluaskan rangkaian dengan rakan-rakan yang mempunyai pendirian sama dengan negara-negara Eropah - yang percaya bahawa perjanjian perdagangan dan berpegang kepada peraturan-peraturan jelas penting bagi kita semua," kata Pesuruhjaya Perdagangan EU, Cecilia Malmstroem.

Pada tahun lalu, jumlah eksport Singapura ke EU dianggarkan S$49 bilion sementara import bernilai sekitar S$65 bilion. FTA EU-Singapura akan memansuhkan hampir semua cukai yang dikuatkuasakan antara kedua-dua pihak dalam tempoh lima tahun.

Dalam satu kenyataan, Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, S Iswaran, berkata bahawa syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dijangka boleh meraih manfaat daripada pengurangan cukai dan hadangan-hadangan bukan cukai.

Beliau juga menyifatkan perjanjian tersebut sebagai membuka laluan kepada perjanjian dagangan dan pelaburan EU-ASEAN pada akhirnya nanti. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan