Images

PM Lee puji kerjasama semua pihak dalam mengawal kes COVID-19

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada Khamis (10 Jun) beliau gembira bahawa sekatan yang diperketat sejak tiga minggu lalu berjaya mengawal jumlah jangkitan COVID-19.

Menulis di Facebook selepas sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani COVID-19, PM Lee berkata sekatan koronavirus dapat dilonggarkan secara beransur-ansur mulai 14 Jun hasil "kerjasama semua pihak".

Orang ramai boleh berhimpunan dalam kumpulan sehingga lima orang, tambah dari dua sekarang.

PM Lee menarik perhatian seandainya keadaan kekal terkawal, kelonggaran lanjutan boleh dilaksanakan pada 21 Jun dengan makan dan minum dibenarkan di tempat F & B.

Dalam pada itu, PM Lee mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan mengambil vaksin apabila ditawarkan.

"Ayuh, kita terus menjaga keselamatan dan terus bekerjasama!" seru beliau.  

- CNA/EM/TQ/tq

Top