Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, PM Ardern peringati ulang tahun pertama kerjasama S'pura-New Zealand

Bagi memperingati ulang tahun pertama perkongsian yang dipertingkat New Zealand- Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyertai mesyuarat pemimpin secara maya hari ini (27 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2020 10:16PM Dikemas Kini : 27 May 2020 10:30PM

SINGAPURA: Bagi memperingati ulang tahun pertama perkongsian yang dipertingkat New Zealand- Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyertai mesyuarat pemimpin secara maya hari ini (27 Mei).

Perkongsian itu membolehkan kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, keselamatan, sains dan teknologi serta hubungan antara rakyat.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk berusaha mengadakan laluan hijau bagi memudahkan perjalanan rasmi dan peniagaan jangka pendek yang penting antara kedua-dua negara.

Ini bagi memastikan pembukaan semula sempadan secara beransur-ansur dan selamat.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan pencapaian dari perkongsian itu.

Ini termasuk peningkatan perkongsian ekonomi New Zealand-Singapura dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

Mereka turut menekankan pentingnya membuka terus perdagangan dan rantaian bekalan di tengah-tengah wabak COVID-19 demi memelihara sistem perdagangan global.
  

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan