Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Pemerintah "fokus sepenuhnya" kepada agenda negara

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah "benar-benar fokus" kepada agenda negara dan keutamaannya masih tertumpu kepada jagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan yang mudah diakses dan dimampui.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee: Pemerintah "fokus sepenuhnya" kepada agenda negara

PM Lee berucap semasa jamuan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di kawasan undinya di Teck Ghee.

Diterbitkan : 09 Feb 2019 11:33PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 11:52PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah "benar-benar fokus" kepada agenda negara dan keutamaannya masih tertumpu kepada jagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan yang mudah diakses dan dimampui.

Berucap semasa jamuan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di kawasan undinya di Teck Ghee, PM Lee menggariskan beberapa inisiatif, khususnya bagi para penduduk Teck Ghee dan Ang Mo Kio.

Ia termasuk pembukaan Fasa Kedua Laluan Thomson East-Coast pada tahun depan. Menyentuh tentang aspek pendidikan pula, beliau berkata lebih banyak tadika akan dibuka. Antaranya termasuk tadika di Sekolah Rendah Mayflower pada 2021.

PM Lee menambah, semua usaha ini tidak dapat dilakukan Pemerintah tanpa Generasi Merdeka yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura.

"Pastinya semua ini tidak dapat dicapai hanya atas usaha pemerintah, ia adalah hasil kerja keras ramai rakyat Singapura yang bekerjasama dengan Pemerintah sejak sekian lama," kata PM Lee.

"Sebab itulah kami mengucapkan terima kasih kepada Generasi Perintis beberapa tahun lalu, dan kini, bagi Generasi Merdeka, kami menawarkan Pakej Generasi Merdeka."

Pakej tersebut akan diumumkan tidak lama lagi oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong. PM Lee berkata, pakej itu satu tanda penghargaan bagi mereka yang menyumbang kepada kejayaan Singapura.

Semasa berucap dalam bahasa Mandarin, PM Lee menggesa generasi muda Singapura supaya berpegang teguh kepada nilai-nilai Generasi Merdeka. Beliau berkata semangat menyumbang kepada negara dan mencapai kemajuan patut dicontohi generasi-generasi akan datang.

"Dengan cara yang sama, pemimpin dari generasi saya juga akan menyerahkan tanggungjawab kepada pasukan baru. Pasukan baru ini akan memimpin negara untuk terus berusaha bagi membina masa depan yang lebih cerah. Saya berharap generasi muda dapat bekerjasama dengan pasukan baru, dan bersama-sama terus membina Singapura," kata PM Lee.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan