Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee minta ganti rugi S$150,000 dalam kes saman fitnah terhadap penulis blog Leong Sze Hian

Perdana Menteri Lee Hsien Loong meminta ganti rugi sekitar S$150,000 dalam kes saman fitnah terhadap penulis blog Leong Sze Hian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2020 08:08PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 10:14PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong meminta ganti rugi sekitar S$150,000 dalam kes saman fitnah terhadap penulis blog Leong Sze Hian.

Kedua-dua pihak membuat hujah-hujah akhir petang tadi (30 Nov) dalam kes yang dikemukakanEncik Lee ke atas Encik Leong selepas dia mengongsi rencana laman Malaysia The Coverage, dalam satu catatan Facebook, pada November 2018.

Rencana itu yang diterbitkan tanpa sebarang kapsyen, menuduh Encik Lee membantu mantan PM Malaysia Najib Razak, menggelapkan wang berhubung skandal 1MDB.

Peguam Encik Lee, Peguam Kanan Davinder Singh, mengemukakan jumlah ganti rugi S$150,000 itu dan membandingkannya dengan kes Roy Ngerng, yang disaman bagi jumlah yang sama oleh Encik Lee.

Encik Singh bagaimanapun mengatakan kes hari ini adalah jauh lebih serius kerana 1MDB adalah isu "global".

Ia juga katanya bukan setakat isu duit CPF yang juga penting tetapi isu 1MDB melibatkan berbilion dolar dan menjadi tumpuan siasatan yang dikaitkan dengan jenayah yang serius, salah laku, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Maka itu, tuduhan ke atas Encik Lee tiada beza dengan Encik Najib, tambah beliau.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan