Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lancar agensi sains dan teknologi baru Home Team, HTX

Singapura melancarkan Agensi Sains dan Teknologi baru Home Team atau HTX iaitu sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menghasilkan huraian teknologi bagi jabatan-jabatan seperti polis serta Pasukan Pertahanan Awam SCDF. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2019 07:36PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 08:53PM

SINGAPURA: Singapura melancarkan Agensi Sains dan Teknologi baru Home Team atau HTX iaitu sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menghasilkan huraian teknologi bagi jabatan-jabatan seperti polis serta Pasukan Pertahanan Awam SCDF.

Melancarkan agensi tersebut, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkannya sebagai sebahagian daripada usaha meluas pemerintah untuk mendakap kajian dan pengembangan (R&D) serta teknologi.

PM Lee juga menyentuh tentang rancangan untuk menambah kakitangan HTX daripada 1,300 kepada 2,000 orang.

Bagaimanapun, PM Lee menambah usaha menarik bakat kejuruteraan yang terbaik tidak mudah melainkan mereka merasakan bahawa mempunyai sesuatu yang bermakna untuk dicapai dan memberi kesan besar.

Menurut PM Lee lagi, huraian-huraian yang dihasilkan HTX perlu berdasarkan keperluan operasi dan bukan untuk kajian semata-mata.

"Jabatan-jabatan Home Team perlu melihat teknologi sebagai unsur bersepadu, bukan sebagai tambahan, bukan sesuatu yang eksotik, bukan sesuatu yang diserahkan kepada HTX atau pakar teknologi untuk diselesaikan," kata PM Lee.

"Ia adalah tanggungjawab bersama. Setiap komander, setiap pegawai perlu mendakap teknologi dan mengalu-alukan apa yang HTX boleh lakukan untuk mereka meskipun dengan penggunaan teknologi akan mengganggu rutin sedia ada dan mewujudkan cara untuk melakukan sesuatu," ujar beliau lanjut.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan