Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee Hsien Loong hadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland bermula Isnin (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2020 07:50PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 09:14PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland bermula Isnin (20 Jan).

Beliau akan diiringi Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad.

Semasa ketiadaan Encik Lee, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat akan memangku jawatan Perdana Menteri dari 20 hingga 25 Jan.

PM Lee, yang kali terakhir menghadiri acara tahunan itu pada 2012, akan menjadi salah satu anggota panel sesi media siaran langsung berjudul "Leading a New Multilateralism" ("Memimpin Kerjasama Pelbagai Hala yang Baru").

Beliau juga dijadualkan berucap di sebuah sesi dialog berjudul "A Conversation with Lee Hsien Loong, Prime Minister of Singapore" ("Berbicara dengan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura") dan bertemu dengan pemimpin negara dan perniagaan lain di luar mesyuarat WEF.

Kini masuk ke tahun ke-50, mesyuarat tahunan di Davos itu adalah satu wadah bagi pemimpin pemerintah, industri dan masyarakat sivik bertukar-tukar pandangan dan membincangkan pendekatan menangani cabaran sejagat.

Mesyuarat tahun ini dengan tema "Stakeholders for a Cohesive and Sustainable World" ("Pihak Berkepentingan bagi Dunia Kohesif dan Mampan") - akan menampilkan 700 penyampai yang akan membincangkan pelbagai topik termasuk sifat inklusif dan perubahan iklim.

Para pegawai dari PMO dan Kementerian Ehwal Luar serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan akan juga mengiringi PM Lee di Davos.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan