PM Lee harap pertikaian China-Kanada dapat dihuraikan
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar pertikaian yang sedang berlangsung antara China dengan Kanada dapat dihuraikan secara tenang dan aman.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan harapan agar pertikaian yang sedang berlangsung antara China dengan Kanada dapat dihuraikan secara tenang dan aman.
Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya hari ini (18 Jan), menyusuli panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kepada PM Lee.
Encik Trudeau memberi taklimat kepada PM Lee tentang pertikaian tersebut dan PM Lee akur akan pentingnya semua negara mematuhi proses undang-undang, dan dilihat berbuat demikian dalam menangani kes-kes melibatkan warga asing.
Dalam pada itu, PM Lee dan rakan sejawatannya dari Kanada itu turut membincangkan tentang kerjasama antara Singapura dengan Kanada, menyusuli lawatan Encik Trudeau ke Singapura bagi Sidang Puncak ASEAN ke-33 pada November lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.