Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee gesa lebih banyak ketersambungan, penyepaduan ekonomi antara ASEAN, India

Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (25 Jan)menggesa para pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan India supaya memperbaharui rundingan mengenai perjanjian pengangkutan udara.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee gesa lebih banyak ketersambungan, penyepaduan ekonomi antara ASEAN, India

PM Lee Hsien Loong bersama Perdana Menteri India Narendra Modi. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 26 Jan 2018 12:30AM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 12:36AM

NEW DELHI: Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (25 Jan)menggesa para pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan India supaya memperbaharui rundingan mengenai perjanjian pengangkutan udara.

Menurutnya, kedua-dua pihak saling meraih manfaat daripada lebih banyak ketersambungan.

PM Lee berkata demikian semasa menggulung ucapannya di sesi pleno Sidang Puncak Peringatan ASEAN-India yang diadakan di Hotel Taj Diplomatic Enclave di New Delhi.

Beliau berkata ASEAN bersedia untuk bekerjasama dengan India berhubung Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India (AIATA).

"ASEAN menghargai sumbangan India untuk mempertingkat ketersambungan darat, khususnya, Lebuh Raya India-Myanmar-Thailand yang akan dilanjurkan hingga ke Laos, Kemboja dan Vietnam," kata PM Lee.

"Ramai pengunjung yang tidak dapat menggunakan jalan darat untuk ke India, maka itu kita perlu bekerjasama untuk meraih lebih banyak ketersambungan."

Buat masa ini, India hanya menyumbang tiga peratus kepada ketibaan pelancong di rantau ASEAN.

PM Lee berkata, dengan adanya AIATA, ia akan mempertingkat pengaliran rakyat-ke-rakyat di rantau ini dan membantu syarikat penerbangan India dan ASEAN memanfaatkan pasaran-pasaran baru dan yang akan timbul, lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan, pelaburan dan pelancongan.

PERTINGKAT MUTU KEHIDUPAN MENERUSI TEKNOLOGI INOVATIF

PM Lee turut menyeru diadakan lebih banyak ketersambungan digital dan teknologi inovatif digunakan dalam membaiki kehidupan rakyat.
Beliau berkata India "menunjukkan kemajuan menakjubkan dan pesat dari segi penggunaan teknologi digital".

Khususnya, PM Lee berkata terdapat banyak peluang bagi projek-projek seperti Aadhaar - sistem pengenalan digital nasional India - untuk disesuaikan dengan sistem-sistem serupa di negara-negara ASEAN.

Objektif utama Singapura sebagai pengerusi ASEAN tahun ini adalah untuk membangunkan Rangkaian Bandar-Bandar Bijak ASEAN untuk memacu pembangunan bandar bijak serantau.

Memandangkan India sudahpun mempunyai program sendiri untuk membangunkan 100 bandar bijak, PM Lee berkata beliau mengalu-alukan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk "mewujudkan rangkaian bandar-bandar bijak yang berjaya dan bermakna".

PM Lee turut menggesa dipertingkatkan integrasi ekonomi antara ASEAN dengan India.

Beliau merujuk bagaimana Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) - iaitu perjanjian antara ASEAN dan Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zeland - akan mengurangkan kos perniagaan dan memberi manfaat kepada negara-negara yang menyertainya.

"ASEAN dan India harus bekerjasama bagi memastikan rundingan-rundingan 2018 dimuktamadkan supaya manfaatnya boleh diraih lebih awal," kata PM Lee, sambil menambah Singapura akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan rundingan.

PM Lee dan para pemimpin ASEAN yang lain akan menghadiri Perarakan Hari Republik India yang ke-69 sebagai Tetamu Terhormat esok (26 Jan).

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan