Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: EU dan ASEAN mulakan proses FTA

PM Lee turut berkata bahawa Kesatuan Eropah dan ASEAN sudah bersetuju untuk memulakan proses mewujudkan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua blok tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2018 04:00PM Dikemas Kini : 15 Jul 2018 11:00PM

PARIS: Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN sudah bersetuju untuk memulakan proses menubuhkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di antara mereka. Demikian dedah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Sabtu (14 Jul).

Sebagai penyelaras ASEAN untuk perikatan ASEAN-EU selepas Ogos ini, beliau berkata bahawa Singapura berharap dapat mewujudkan satu rangka kerja untuk mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk menangani tawaran.

PM Lee sedang bercakap kepada pihak media selepas menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis di Paris, di mana beliau merupakan tetamu terhormat - pemimpin Singapura yang pertama menerima pengiktirafan tersebut.

Tahun lalu, Presiden Emmanuel Macron mengundang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang kini mahu mengadakan perbarisan yang serupa di Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut dijemput tahun ini, bagaimanapun beliau terpaksa mengundurkan diri akibat bencana alam yang melanda negaranya.

Sebagai satu tanda simbolik hubungan dua hala yang kukuh, jet-jet pejuang dari angkatan tentera udara Singapura dan Perancis secara bersama melakukan terbang lintas hormat di Paris.

Anggota tentera dari Singapura dan Jepun turut berbaris bersama lebih 4,000 anggota angkatan tentera Perancis dan peserta-peserta lain.

Menurut PM Lee kepada pihak media selepas perbarisan tersebut, kerjasama dua hala antara Singapura dengan Perancis amat baik.

Beliau menerangkan tentang Rangka Kerja Perancis-Singapura untuk Kerjasama lebih Mendalam dalam Inovasi Digital, Tadbir Urus Internet dan Keselamatan Siber yang dikeluarkan pada hari Jumaat (13 Jul).

PM Lee turut berkata bahawa Kesatuan Eropah dan ASEAN sudah bersetuju untuk memulakan proses mewujudkan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua blok tersebut.

EU dan ASEAN melancarkan rundingan ke arah satu perjanjian pada tahun 2007 tetapi mengetepikan proses itu dua tahun kemudian, dengan memilih EU untuk mengadakan rundingan dua hala dengan negara masing-masing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan