Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, DPM Heng ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam

Sungguhpun Hari Raya Aidiladha tahun ini memerlukan umat Islam setempat membuat penyesuaian seperti dalam sambutan bulan-bulan Ramadan dan Syawal yang lalu, semangat perayaan tetap kuat dalam kalangan masyarakat meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sungguhpun Hari Raya Aidiladha tahun ini memerlukan umat Islam setempat membuat penyesuaian seperti dalam sambutan bulan-bulan Ramadan dan Syawal yang lalu, semangat perayaan tetap kuat dalam kalangan masyarakat meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong memperakui perkara itu dalam belaiu menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat Islam di Singapura menerusi laman Facebooknya pada Jumaat (31 Jul).

Beliau menarik perhatian bahawa sambutan Aidiladha tahun ini berbeza kerana keadaan pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, dengan warga Islam setempat terpaksa menundakan ibadah haji. Ibadah korban pula, tambah beliau, dijalankan di luar negara dan bukannya di masjid-masjid serata Singapura seperti kebiasaannya.

"Namun begitu, semangat Aidiladha tetap teguh dan masjid-masjid mengadakan solat Aidiladha secara berjemaah pagi ini," tulis Perdana Menteri.

Pandemik COVID-19, kata Encik Lee, akan berlalu satu hari nanti. Namun, selama ia masih berlegar, masyarakat perlu kekal berdisiplin dalam mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa.

"Marilah kita teruskan amalan baik menjaga kebersihan diri dan menjalankan langkah-langkah jarak selamat demi keselamatan serta kesejahteraan semua," ujarnya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat juga mengucakapkan Hari Raya Haji kepada umat Islam tempatan.

Dalam satu catatan di Facebooknya pagi tadi, Encik Heng berkata sambutan Aidiladha tahun ini membawa makna lebih mendalam memandangkan ia diraikan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Jemaah menunaikan solat Aidiladha di Majid A-Taqua. (GambarL Heng Swee Keat/Facebook)

(Jemaah menunaikan solat Aidiladha di Majid A-Taqua. Gambar: Heng Swee Keat/Facebook)

Ini kerana, jelas beliau, banyak penyesuaian yang perlu dilakukan dari segi norma sosial dan keagamaan kita di Singapura demi melawan virus korona itu.

"Saya gembira 65 masjid termasuk Masjid Al-Taqua di GRC East Coast menyediakan ruang untuk solat Hari Raya berjemaah. Sedang kita membuka semula negara secara bertahap-tahap, kita mesti terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat bagi mencegang gelombang kedua jangkitan," nasihat beliau.

Encik Heng juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ketua dan relawan masjid atas masa serta dedikasi mereka dalam memastikan ibadah solat dijalankan dengan selamat lagi teratur. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan