Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Canselor Jerman Merkel alu-alukan perjanjian dagangan EU-S'pura

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Canselor Jerman Angela Merkel pada Khamis (18 Okt) mengalu-alukan Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura (EUSFTA) yang akan dimeterai, apabila mereka bertemu di luar Sidang Puncak Asia-Eropah ke-12 di Brussels.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Canselor Jerman Merkel alu-alukan perjanjian dagangan EU-S'pura

Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kanan) berjabat tangan dengan Canselor Jerman Angela Merkel (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 09:22AM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:25AM

BRUSSELS: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Canselor Jerman Angela Merkel pada Khamis (18 Okt) mengalu-alukan Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura (EUSFTA) yang akan dimeterai, apabila mereka bertemu di luar Sidang Puncak Asia-Eropah ke-12 di Brussels.

Perjanjian dagangan itu - yang antara lain bertujuan untuk menghapuskan cukai import, meningkatkan perlindungan dan akses pasaran untuk penyedia khidmat, pelabur dan firma - dijadual ditandatangani oleh PM Lee dengan presiden Majlis Eropah Donald Tusk dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker pada Jumaat petang di ibu kota Belgium.

Semasa pertemuan mereka, kedua-dua pemimpin juga mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Jerman yang merangkumi sektor perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi, pendidikan dan kebudayaan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kedua-dua Encik Lee dan Cik Merkel juga menekankan komitmen mereka terhadap kerjasama pelbagai pihak, perdagangan bebas dan kedaulatan undang-undang, dan bertukar-tukar pandangan secara jujur berhubung perkembangan di wilayah masing-masing.

PM Lee turut bertemu Perdana Menteri United Kingdom Theresa May, yang kali terakhir beliau temui pada April di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Negara Komanwel di London.

Mereka mengesahkan hubungan erat dan cemerlang antara Singapura dan UK, dan mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat antara UK dan ASEAN.

Menurut kenyataan PMO lagi, kedua-dua pemimpin membincangkan perkembangan serantau dan menekankan keyakinan yang dikongsi terhadap sistem kerjasama berbilang pihak berasaskan peraturan.

Encik Lee juga mengadakan pertemuan pertamanya dengan Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa pada Khamis.

Dengan kedua-dua negara bertindak sebagai pintu masuk ke wilayah masing-masing, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kerjasama ekonomi yang lebih erat.

Encik Lee tiba di Brussels pada pagi Khamis selepas lawatan satu hari ke Vienna, di mana beliau menyaksikan majlis menanda tangani Memorandum Persefahaman antara Singapura dan Austria. Perjanjian yang baru ditandatangani itu bertujuan untuk meningkatkan pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam bidang-bidang utama pendigitalan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain sidang puncak ASEM, PM Lee juga akan menghadiri mesyuarat antara para pemimpin EU dengan ASEAN di Brussels. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan