Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bincang perkembangan serantau, isu global dengan Menteri Luar China

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong siang tadi (14 Sep) pada hari terakhir beliau melakukan lawatan kerja ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2021 05:49PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 10:06PM

SINGAPURA: Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong siang tadi (14 Sep) pada hari terakhir beliau melakukan lawatan kerja ke Singapura.

Dalam catatannya di Facebook, PM Lee berkata beliau dan Encik Wang telah mengesahkan lagi hubungan dua hala yang dijalinkan sejak sekian lama antara Singapura dengan China.

Semasa mesyuarat di Istana tadi, PM Lee dan Encik Wang juga mengadakan perbincangan yang "produktif dan terus terang" mengenai perkembangan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Menurut PM Lee, kedua-dua negara telah bekerjasama untuk berkongsi sumber dan kepakaran bagi menangani pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan.

Singapura, tambah PM Lee, mengalu-alukan sumbangan berterusan oleh China dan negara ini akan terus bekerjasama dengan China untuk membangunkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan damai.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan