Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee bertemu Dr Mahathir Sabtu ini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan ke Malaysia pada Sabtu ini (19 Mei) dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee bertemu Dr Mahathir Sabtu ini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Dr Mahahir Mohamad.

Diterbitkan : 16 May 2018 04:36PM Dikemas Kini : 16 May 2018 04:37PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan ke Malaysia pada Sabtu ini (19 Mei) dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dr Mahathir Mohamad.

"Jangkaan kerajaan baru Malaysia itu amat tinggi dan saya rasa Dr Mahathir amat sibuk pada hari-hari mendatang. Saya merancang untuk mengadakan pertemuan dengannya pada Sabtu ini dan memberitahu beliau bahawa saya mahu bekerjasama lagi dengan beliau demi manfaat bersama (kedua-dua negara)," kata PM Lee di Parlimen, semasa dewan membahaskan Ucapan Presiden.

PM Lee juga menambah, beliau mempunyai hubungan baik dengan ahli politik Malaysia, Anwar Ibrahim, yang dibebaskan hari ini.

"Saya juga mengenali Anwar Ibrahim kerana beliau pernah menjadi rakan sejawatan saya semasa saya bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri," kata PM Lee.

Menyentuh tentang cabaran-cabaran luar yang akan Singapura hadapi, PM Lee berkata Singapura sentiasa berhubungan baik dengan "jiran terdekatnya" Malaysia - di bawah kerajaan yang dipimpin mantan PM Najib Razak serta pentadbiran yang diterajui Dr Mahathir sebelum itu.

"Kita juga pernah bekerjasama dengan Dr Mahathir serta beberapa pasukannya sebelum ini. Kita menyelesaikan projek-projek bersama dengan Malaysia semasa Dr Mahathir menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini, termasuk membangunkan Linkedua di Tuas," kata beliau.

Pada minggu lalu, Dr Mahathir memimpin perikatan Pakatan Harapan dan meraih kemenangan bersejarah dengan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Ini sekaligus mengubah tampuk kepimpinan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

Datuk Seri Anwar, yang diangkat sebagai pemimpin kepada bekas perikatan pembangkang, dijangka mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan