PM Lee bercuti hingga 3 Jan 2020
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti selama dua minggu dari Sabtu (21 Dis) hingga 3 Januari depan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini (20 Dis).
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti selama dua minggu dari Sabtu (21 Dis) hingga 3 Januari depan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini (20 Dis).
Sepanjang tempoh tersebut, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan memangku jawatan Perdana Menteri dari 25 Disember hingga 3 Januari.
'Saya akan bercuti untuk baki tahun ini," kongsi PM Lee dalam satu catatan Facebook hari ini.
Perdana Menteri menambah beliau akan memanfaatkan cuti itu untuk memahami masalah matematik yang dipanggil konjektur Collatz.
"Juga, (saya) merancang untuk membaca bahan-bahan lain yang saya tidak bersempatan untuk melakukannya, meluangkan masa bersama keluarga dan mungkin pergi #jalanjalan (jika tidak hujan)," tulis PM Lee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.