Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee akan beri butiran lanjut langkah naikkan usia persaraan, kembali bekerja

Sistem-sistem jaringan sosial seperti Tabung Simpanan Pekerja (CPF) membantu rakyat Singapura menabung untuk persaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2019 10:40PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:50PM

SINGAPURA: Sistem-sistem jaringan sosial seperti Tabung Simpanan Pekerja (CPF) membantu rakyat Singapura menabung untuk persaraan.

Namun, dengan jangka hayat lebih panjang, timbul kebimbangan adakah tabungan CPF mereka cukup menampung hidup selepas bersara.

Di Rapat Umum Hari Kebangsaan minggu depan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan memberikan butiran lanjut mengenai langkah menaikkan usia persaraan dan kembali bekerja.

Perangkaan terkini menunjukkan rakyat Singapura hidup paling lama di dunia. Jangka hayat setiap penduduk dijangka mencecah 84 tahun. 

Namun, data juga menunjukkan tempoh seseorang dalam keadaan sakit juga meningkat - satu petanda perbelanjaan perubatan akan bertambah.

Seperkara lagi adalah, jumlah asas persaraan CPF dua kali lebih tinggi bagi mereka yang tidak memiliki hartanah.

Ini supaya mereka dapat menerima bayaran bulanan sekurang-kurangnya S$1,350 dari usia 65 tahun. 

Itu jugalah antara kebimbangan yang membelenggu masyarakat yang menjadi semakin tua di Singapura. 

Pemerintah sudahpun melakar pelbagai rancangan bagi memastikan rakyat mempunyai sumber yang mencukupi dalam meniti usia senja.

Antaranya termasuk membolehkan mereka bekerja lebih lama. 

Di samping membantu mereka menabung, pakar-pakar yang ditemui Mediacorp berkata, rakyat Singapura umumnya berasa puas apabila bekerja. 

Bagaimanapun, ada yang turut menarik perhatian, warga senja memerlukan gaya hidup yang membolehkan mereka mengimbangi kerja dan kehidupan. 

Rakan sekerja juga perlu yakin warga emas mampu menyumbang kepakaran mereka dan kekal relevan. 

Sebuah kumpulan kerja tiga pihak mengenai pekerja lanjut usia sudah sudah mula meninjau isu itu sejak Mei tahun lalu dan dijangka membentangkan saranan-saranannya tidak lama lagi.   

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan