Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee adakan lawatan rasmi ke China

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di China bagi satu rangka lawatan kerja mulai hari ini (Apr 8) hingga Khamis (12 Apr) atas undangan Perdana Menteri China Li Keqiang. PM Lee akan melawat Beijing, Hainan dan Shanghai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 03:15PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 10:03PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di China bagi satu rangka lawatan kerja mulai hari ini (Apr 8) hingga Khamis (12 Apr) atas undangan Perdana Menteri China Li Keqiang. PM Lee akan melawat Beijing, Hainan dan Shanghai.

Semasa di Beijing, Encik Lee akan menghadiri satu jamuan makan malam yang dihoskan oleh PM Li. Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dua hala.

MOU pertama adalah bagi menghasilkan satu rangka kerja bagi kerjasama pasaran pihak ketiga antara Singapura dengan China. Ia juga akan membantu syarikat-syarikat Singapura mendapat akses bagi projek-projek dari Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China.

Sebagai sebahagian daripada MOU itu, satu pelaksanaan kumpulan kerja melibatkan Suruhanjaya Pembangunan Negara dan Pembaharuan China, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura dan Enterprise Singapore akan dibentuk untuk mengenal pasti sektor-sektor dan pasaran yang mempunyai kepentingan bersama.

Kumpulan itu akan menganjurkan forum serta kegiatan memadankan perniagaan secara kerap bagi memudahkan kerjasama antara syarikat-syarikat Singapura dengan China.

MOU kedua pula merupakan perjanjian kerjasama yang diperbaharui antara Pentadbiran Warisan Budaya China dengan Lembaga Warisan Negara. Ia akan membolehkan kerjasama dalam lebih banyak bidang, seperti pertukaran pameran, pertukaran maklumat mengenai pemuliharaan, pertukaran kakitangan kurator dan pemuliharaan serta peluang-peluang runcit.

Di Hainan, PM Lee akan menghadiri sidang tahunan Forum Bo'ao bagi Asia (BFA) buat julung-julung kalinya. Beliau akan menyampaikan ucapan sewaktu sidang pembukaan pleno dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping. Presiden Xi juga akan menjadi hos bagi jamuan tengah hari bagi semua pemimpin luar negara yang menghadiri Sidang Tahunan BFA.

Di Shanghai, PM Lee akan mengadakan pertemuan dan menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Encik Li Qiang, ketua Parti Komunis China bagi cabang Shanghai. PM Lee juga akan menghadiri Sidang Wawasan Asia DBS sebagai tetamu terhormat.

PM Lee akan diiringi isteri beliau, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kewangan Kedua Lawrence Wong, Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Pertahanan Kedua Ong Ye Kung serta Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Professor Madya Faishal Ibrahim.

Semasa lawatan PM Lee ke China, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, Tharman Shanmugaratnam akan memangku jawatan Perdana Menteri.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan