Images
  • Singapore

PM India lawat S'pura, M'sia & Indonesia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura, Indonesia, dan Malaysia minggu ini.

Lawatan ke Singapura itu akan berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Bagaimanapun sebelum itu beliau dijadual mengunjungi Indonesia dari 29 hingga 31 Mei atas undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo,

"Beliau akan singgah di Kuala Lumpur pada 31 Mei untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir Mohamad," menurut Kementerian Luar Negeri India (MEA) dalam kenyataan hari ini (28 Mei).

Semasa di Indonesia dan Singapura, Encik Modi akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Encik Lee Hsien Loong selain menghadiri mesyuarat delegasi serta bertemu masyarakat perniagaan serta masyarakat India.

Di Singapura, Encik Modi dijadual menyampaikan ucaptama semasa Dialog Shangri-La Ke-17.

Indonesia, Singapura dan Malaysia, yang merupakan negara anggota ASEAN, adalah Rakan Strategik India.

India amat mengutamakan hubungannya dengan rantau ASEAN dan komited untuk mengeratkan lagi hubungan itu dengan negara-negara anggota ASEAN selaras dengan Akta Dasar Timur kerajaannya.

Lawatan itu juga membolehkan Encik Modi dan para pemimpin negara berkenaan membincangkan isu-isu penting dua hala, serantau dan antarabangsa. 

- Bernama/NK/nk

Top