Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Australia lawat S'pura untuk hadiri mesyuarat pemimpin dengan PM Lee

Perdana Menteri Australia Scott Morrison akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada Khamis (10 Jun) bagi menghadiri mesyuarat pemimpin bersama dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA). 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Australia lawat S'pura untuk hadiri mesyuarat pemimpin dengan PM Lee

Perdana Menteri Australia Scott Morrison (kiri) dan PM Lee Hsien Loong berjabat tangan semasa satu sidang media di Istana pada 7 Jun 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 06:59PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 07:02PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Australia Scott Morrison akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada Khamis (10 Jun) bagi menghadiri mesyuarat pemimpin bersama dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

PM Lee akan bertemu dengan Encik Morrison di Istana dan kedua-dua perdana menteri itu akan mengadakan sidang media secara maya selepas mesyuarat tersebut, dedah MFA pada Rabu (9 Jun).

Ini adalah Mesyuarat Pemimpin Singapura-Australia yang keenam antara kedua-dua negara. PM Lee dan Encik Morrison kali terakhir mengadakan mesyuarat bersama pada Mac tahun lalu melalui persidangan video disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Lawatan Encik Morrison ke Singapura esok akan menjadi lawatan rasmi pertama oleh seorang pemimpin luar negara sejak pandemik COVID-19 melanda.

Para pelawat dari Australia, kecuali wilayah Victoria, dibenarkan memasuki Singapura dengan hasil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang negatif sebagai ganti kepada Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) yang dikenakan ke atas kebanyakan negara lain.

Media Australia melaporkan tiada pengecualian diberikan kepada Encik Morrison tetapi para pegawai pengiringnya sedang meninjau bagaimana proses tersebut boleh dipercepatkan dan sama ada perdana menteri itu sebaliknya boleh menjalani ujian pantas antigen (ART).

Hasil ujian daripada ART biasanya mengambil masa kira-kira 30 minit tetapi ia boleh memakan masa sehingga 48 jam sebelum hasil ujian PCR diketahui kerana sampel perlu dihantar ke makmal untuk diuji. Kedua-dua PM Lee dan Encik Morrison sudahpun divaksin sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Singapura dan Australia mengadakan pertemuan setiap tahunan untuk membincangkan kerjasama dua hala selain bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengesahkan pada Mac bahawa Australia dan Singapura sedang berbincang tentang aturan perjalanan khas yang akan membolehkan penduduk untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa perlu dikuarantin.

Kedua-dua negara juga dalam perbincangan tentang pengiktirafan bersama sijil vaksinasi dan menyambung semula perjalanan dengan keutamaan diberikan kepada pelajar dan pelawat perniagaan, menurut MFA dalam responsnya kepada pertanyaan media ketika itu.

Singapura sudahpun membuka sempadannya kepada beberapa negara termasuk Australia dan para pegawai menyatakan negara itu mahu mewujudkan koridor perjalanan timbal balik.

Australia menutup sempadannya kepada pelawat bukan warganegara dan bukan penduduk pada Mac tahun lalu. Sedari itu, ia hanya membenarkan ketibaan antarabangsa yang terhad sahaja, sebahagian besarnya rakyat yang peluang dari luar negara.

Australia juga mempunyai aturan perjalanan bebas kuarantin dengan New Zelaand walaupun skim itu digantung beberapa kali sebagai tindak balas terhadap penularan COVID-19. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan