Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Platform stesen MRT Jurong East tiba-tiba tutup, stesen jadi sesak dan kelengahan berlaku

Di tengah-tengah kesibukan pada sebelah petang, stesen MRT Jurong East dilaporkan sesak dengan penumpang akibat kelengahan yang terjadi kerana platform stesen tersebut ditutup secara mendadak hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Platform stesen MRT Jurong East tiba-tiba tutup, stesen jadi sesak dan kelengahan berlaku

(Gambar: Zy Ng/ Facebook)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 10:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 10:15PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah kesibukan pada sebelah petang, stesen MRT Jurong East dilaporkan sesak dengan penumpang akibat kelengahan yang terjadi kerana platform stesen tersebut ditutup secara mendadak hari ini (7 Dis).

Beberapa penumpang memberitahu Mediacorp bahawa platform D dan E ditutup, dan mereka diarahkan ke platform lain di mana kereta api masih beroperasi.

Salah seorang penumpang, Cik Zarina Zainol, yang ingin ke Choa Chu Kang di Laluan Utara-Selatan (NSL) berkata platform itu dikepung dan para penumpang diarahkan ke platform A.

Cik Zarina, 28 tahun, menambah bahawa semua tangga bergerak hanya beroperasi bagi satu arah.

"Semua tangga bergerak menghala ke bawah," kata Cik Zarina yang turut mengatakan bahawa kini beliau sedang hamil dan terpaksa menaiki tangga sedang para penumpang lain "menolaknya sehingga tidak memasuki lif".

Satu video di laman Twitter menunjukkan para penumpang menggunakan tangga untuk ke platform A dan B.

Cik Zarina memberitahu Mediacorp bahawa tiada sebarang pengumuman yang dibuat, tetapi beberapa kakitangan kelihatan mengarahkan para penumpang untuk ke platform yang masih beroperasi.

Namun, keadaan sesak di stesen itu membuat para penumpang susah untuk melihat kakitangan mereka.

Penumpang lain turut mengadu tidak mendapat sebarang pengumuman dan menggesa pengendali kereta api SMRT untuk menjelaskan situasi pada masa itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan