Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pistol ditemui di flat di Jurong West, 2 lelaki ditangkap

Dua lelaki, yang disyaki pesalah dadah ditangkap setelah senjata api ditemui semasa satu serbuan di sebuah flat di Jurong West, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan bersama hari ini (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pistol ditemui di flat di Jurong West, 2 lelaki ditangkap

CNB dan SPF menemui pistol di sebuah flat di Jurong West. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 06:32PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 06:51PM

SINGAPURA: Dua lelaki, yang disyaki pesalah dadah ditangkap setelah senjata api ditemui semasa satu serbuan di sebuah flat di Jurong West, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan bersama hari ini (9 Okt).

Pihak polis menerima maklumat daripada CNB pada Isnin (7 Okt) bahawa seorang lelaki berusia 24 tahun memiliki senjata api.

Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan CNB, dengan bantuan Markas Operasi Khas (SOC) dan Jabatan Perisikan Polis (PID), segera menjalankan operasi bersama dan siasatan lanjut.

Suspek ditangkap keesokan harinya (8 Okt) di kolong blok flat HDB dekat Jurong West Street 72 dalam satu operasi yang dijalankan polis dan CNB.

Dia dibawa ke flatnya di mana senjata api ditemui. Namun, tiada dadah dijumpai dalam flat tersebut.

Siasatan lanjut menunjukkan bahawa lelaki kedua menemani suspek pertama, meskipun sedar bahawa dia secara haram memiliki senjata api tersebut. Lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap di Woodlands Street 13 pada sekitar 2.25 pagi tadi (9 Okt).

Kedua-dua lelaki akan didakwa di mahkamah pada Khamis (10 Okt).

Jika didapati bersalah memiliki senjata api secara haram, suspek pertama boleh dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan dirotan sehingga enam kali.

Lelaki kedua juga boleh disabit kesalahan dan berdepan hukuman yang sama, menurut CNB dan polis.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan