Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan Raya Indonesia: Pemilihan Jokowi-Ma'ruf buktikan rakyat Indonesia mahukan negara yang kurang konservatif

Keputusan daripada kiraan awal agensi tinjauan Pilihan Raya Umum Indonesia melihatkan majoriti daripada rakyat Indonesia menyokong agenda sederhana Encik Joko Widodo atau Jokowi yang memilih untuk memberi fokus kepada membangunkan negara yang progresif dan 'kurang konservatif'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keputusan daripada kiraan awal agensi tinjauan Pilihan Raya Umum Indonesia melihatkan majoriti daripada rakyat Indonesia menyokong agenda sederhana Encik Joko Widodo atau Jokowi yang memilih untuk memberi fokus kepada membangunkan negara yang progresif dan 'kurang konservatif'.

Demikian menurut Zamil Penyelidik dari Program Indonesia RSIS, Dr Alexander Raymond Arifianto.

Faktor tersebut turut didorong oleh golongan generasi muda yang membentuk 40% daripada jumlah yang keluar mengundi.

IDENTITI POLITIK

Mengulas mengenai keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Indonesia yang diumumkan semalam (17 Apr), Dr Alexander berpendapat secara makronya pemilihan tersebut menunjukkan bagaimana 'identiti politik' memainkan peranan dalam membentuk peralihan trend di Indonesia.

Di sini, Dr Alexander mendefinisikan 'identi politik' sebagai satu bentuk politik yang menonjolkan perbezaan calon-calon yang bertanding berdasarkan sentimen terhadap pengaruh keagamaan atau kaum.

Lantaran itu bagi Dr Alexander, berlandaskan pemilihan majoriti kepada Jokowi, ini jelas menunjukkan pengundi Indonesia mengimpikan sebuah negara yang progresif dan moderat melihat kepada gandingannya, seorang ulama dari 'establishment', Profesor Ma'ruf Amin.

Ini berbeza dari identiti yang ditampilkan oleh kem Prabowo-Sandiaga, yang dilihat lebih konservatif memandangkan mereka disokong oleh Front Pembela Islam (FPI).

"Para pendukung Pak Prabowo adalah tokoh-tokoh agama yang bukan daripada kalangan berkuasa, mereka adalah kelompok-kelompok para penceramah agama yang di internet dan banyak berpengaruh di media sosial seperti Instagram dan Facebook.

"Di mana pengikutnya boleh mencecah berjuta -juta orang dan juga menurut saya, ulama baru yang lebih konservatif seperti Habib Rizieq Shihab, ketua Front Pembela Islam (FPI)," katanya.

PEREBUTAN KUASA ANTARA KELOMPOK ISLAM

Dr Alexander turut menarik perhatian bagaimana Pilihan Presiden (PilPres) pada tahun ini lebih melihatkan perebutan kuasa di kalangan kelompok-kelompok Islam.

Ini misalnya berdasarkan daripada pengamatannya yang melihat lebih banyak "kelompok autoritas yang baru" yang secara terang ingin menggantikan ulama-ulama yang kini sedang berkuasa, contohnya Pak Kiyai Ma'ruf sendiri yang mewakili Majelis Ulama Indonesia (MUI).

"Jadi, di dalam Pilihan Raya ini munculnya kelompok identitas ini bukan hanya refkleksi persaiangan Jokowi dan Prabowo, tetapi ini juga bahagian perebutan kuasa kelompok Islam itu sendiri antara ulama elit dan tradisional dan kelompok ulama yang baru," tambahnya lagi.

Identiti politik antara kedua calon Presiden ini menurut Dr Alexander lagi, turut membentuk persepsi generasi muda Indonesia.

Kumpulan tersebut yang membentuk 40 peratus daripada 80 peratus penduduk yang layak mengundi lebih lantang memberikan suara ke arah pembaharuan di platform-platform media sosial.

PENGUNDI MUDA INDONESIA

Fenomena ini turut dipersetujui oleh Penyelia Editor yang juga Koresponden Kanan Asia Tenggara CNA, Encik Sujadi Siswo.

Menurutnya apa yang jelas golongan pengundi muda di bawah umur 40 tahun kini lebih bersifat kritikal terhadap masa depan Indonesia.

"Lebih-lebih lagi kalau kita lihat trend 6 bulan di belakang ini, di sosial media jelas kalau kita pegang 80 peratus daripada yang keluar mengundi dan separuh itu adalah golongan muda tersebut menunjukkan mereka mahu membuat perubahan terhadap apa yang mereka mahu lihat di indonesia.

"Dan mereka banyak berpihak kepada Jokowi, dan ini sebenarnya memberi kelebihan kepada Jokowi walaupun margin itu agak sedikit tidak lebih daripada 9 peratus daripada apa yang Jokowi dapat sebelum ini pada 2014, ataupun mungkin kurang daripada ramalan tinjauan pendapat yang mengatakan dua digit, 15 peratus, 20 peratus," kata Encik Sujadi yang sudah membuat liputan terhadap empat Pilihan Raya Indonesia yang berbeza.

Mereka berdua juga berpendapat walaupun keputusan rasmi belum diumumkan namun berdasarkan Pilihan Raya Indonesia 2014, hasil hitung cepat yang dilakukan badan-badan bebas ternyata hampir 99 peratus tepat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan