Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pil rangsang seks dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Enam puluh tin ubat perangsang seks ditemui dibungkus dalam beg plastik dan dibalut dengan pakaian, dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pil rangsang seks dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Ubat-ubat rangsang seks yang dilabel 'Candy B+ Complex), ditemui dalam plastik beg yang disumbatkan dalam pakaian. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 12:57PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 01:01PM

SINGAPURA: Enam puluh tin ubat perangsang seks ditemui dibungkus dalam beg plastik dan dibalut dengan pakaian, dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam (21 Ogos).

Menerusi catatan Facebooknya, ICA menyatakan bahawa pil-pil berkenaan, yang dilabel sebagai 'Candy B+ Complex', dikesan dalam sebuah kereta yang memasuki Singapura pada Sabtu lalu (18 Ogos).

Pemandu 23 tahun dan penumpangnya, 22 tahun, kedua-duanya lelaki warga Malaysia, didapati memiliki 30 tin berisi pil tersebut setiap seorang.

Kes itu dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menurut ICA.

"Cara penyembunyian begini menjadi keprihatinan kerana kaedah yang sama mungkin digunakan mereka yang berniat jahat dan cuba menyeludup masuk barang-barang berbahaya ke dalam Singapura," tambahnya.

Menurut kenyataan media yang pernah dikeluarkan HSA sebelum ini, ubat itu yang dilabel 'Candy B+ Complex' mengandungi tadalafil, yang hanya boleh diberikan melalui preskripsi untuk merawat masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk di kalangan lelaki.

Tadalafil tidak sesuai bagi sesetengah pesakit seperti mereka yang mempunyai masalah jantung dan boleh menyebabkan kesan-kesan lain yang memudaratkan seperti hilang keupayaan untuk melihat dan mendengar, angin ahmar serta serangan jantung.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan