Images
  • amy

Pihak pengeluar produk harus galas tanggungjawab kurangkan sampah

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, Amy Khor berkata tanggungjawab untuk mengurangkan sampah bukan sahaja terletak di bahu para pengguna tetapi juga pihak pengeluar produk.

Beliau berkata demikian di satu forum belia anjuran 'Singapore Chapter of the United Nations Global Compact'.

Menjelang tahun 2025, para pengeluar produk akan diberikan tanggungjawab bagi mengurangkan sisa dan sampah dalam proses pengeluaran masing-masing.

Dr Khor juga menarik perhatian tentang proses perbandaran yang berkembang pesat di rantau ASEAN, yang sekaligus, meningkatkan isu-isu sisa sampah dan sekitaran yang harus ditangani.

Dengan meningkatkan jumlah penduduk kelas pertengahan dalam masyarakat, ia juga menyumbang kepada beberapa isu yang boleh mencemar alam sekitar.  

- CNA/NU/na

Top